RUGI ATAU UNTUNG SEMASA EMAS TURUN KITA YANG MENENTUKANNYA
RUGI ATAU UNTUNG SEMASA EMAS TURUN KITA YANG MENENTUKANNYA
“Saya tengok harga emas makin turun. Rugi lah simpan emas”
Ini antara luahan hati pelanggan saya.
Sepanjang saya dalam dunia emas, hanya ada dua (2) sahaja kerugian :
1. Rugi tidak beli emas ketika harga emas rendah.
2. Rugi tidak beli emas ketika ada duit.
Nampak kan istilah #Rugi yang sebenarnya?
.
Saya beri lagi pencerahan.
Apabila kita beli sekilo emas dengan harga RM304Ribu ketika harga emas berada pada paras tinggi, jika Harga emas rendah sehingga RM246Ribu iaitu perbezaan sekitar RM58Ribu, tapi sebenarnya sekilo emas yang kita beli itu masih berat sekilo. Tidak bertambah berat, tidak berkurang berat.
Saya ulang ya.
Tidak bertambah berat, tidak berkurang berat.
.
Kenapa saya ulang?
Kerana kita beli emas bersandarkan Fizikal. Kita tidak beli emas bersandarkan kertas.
Hanya pemikiran kita sahaja yang kacau bilau bila kita fikir tentang RM. Cuba kita fikir tentang GRAM, kita akan lebih mudah faham bahawa simpanan emas lebih rasa terjamin.
.
Cuba kita bandingkan harga puluhan tahun lalu pula iaitu tempoh jangkamasa yang panjang.
Tahun 2020
= Sekilo
= RM304Ribu
Tahun 90an
= Sekilo
= RM30Ribu
Perbezaan RM274Ribu.
Lebih jelas bukan?
.
Ya emas untung untuk jangkamasa yang panjang. Jika jangkamasa pendek, kita akan buat kesimpulan bahawa :
1. Emas lambat untung.
2. Emas (harga) lambat naik.
3. Emas rugi.
.
Kita lah yang meletakkan kerugian itu. Bagaimana kita berfikir, begitulah emas kita tersimpan dalam simpanan kita.
Percayalah, selagi kita fokus kepada RM (harga emas), kita akan dibunuh oleh diri kita sendiri.
Harga emas turun RM1, dah resah.
Harga emas naik RM1 pun dah gelisah.
Ianya hanya soal masa. Beli dan simpan. Kemudian catatkan supaya kita tidak terlepas untuk bayar zakat. Simple sahaja sebenarnya simpan emas ni.
Kenapa perlu kusutkan pemikiran kita tentang harga.
Kita simpan emas. Bukan simpan kertas. Dalam apa keadaan sekalipun emas akan tetap bernilai.
.
Moga bermanfaat ya.
Comments
Post a Comment