BARANG KEMAS PELABURAN ATAU PEMBAZIRAN ???

BARANG KEMAS PELABURAN ATAU PEMBAZIRAN ???
Barang kemas merupakan satu cabang pelaburan emas. 

Ia diminati oleh kaum wanita. Ini kerana barang kemas boleh dipakai sebagai perhiasan. 

Bagi kaum wanita ia lebih menyeronokkan daripada membeli dan menyimpan jongkong atau syiling emas.

Ramai yang bertanya kepada saya “𝑨𝒅𝒂𝒌𝒂𝒉 𝒃𝒂𝒓𝒂𝒏𝒈 𝒌𝒆𝒎𝒂𝒔 𝒑𝒆𝒍𝒂𝒃𝒖𝒓𝒂𝒏 𝒚𝒂𝒏𝒈 𝒎𝒆𝒏𝒈𝒖𝒏𝒕𝒖𝒏𝒈𝒌𝒂𝒏?”

Saya jawab “𝐸𝑚𝑎𝑠 𝑎𝑑𝑎𝑙𝑎ℎ 𝑎𝑠𝑒𝑡. 𝐽𝑎𝑑𝑖 𝑚𝑒𝑚𝑏𝑒𝑙𝑖 𝑏𝑎𝑟𝑎𝑛𝑔 𝑘𝑒𝑚𝑎𝑠 𝑠𝑒𝑏𝑎𝑔𝑎𝑖 𝑢𝑛𝑡𝑢𝑘 𝑡𝑢𝑗𝑢𝑎𝑛 𝑝𝑒𝑙𝑎𝑏𝑢𝑟𝑎𝑛 𝑗𝑢𝑔𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑔𝑢𝑛𝑡𝑢𝑛𝑔𝑘𝑎𝑛. 𝑇𝑒𝑡𝑎𝑝𝑖 𝑖𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑔𝑎𝑚𝑏𝑖𝑙 𝑚𝑎𝑠𝑎 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑙𝑒𝑏𝑖ℎ 𝑝𝑎𝑛𝑗𝑎𝑛𝑔 𝑢𝑛𝑡𝑢𝑘 𝑢𝑛𝑡𝑢𝑛𝑔 𝑏𝑒𝑟𝑏𝑎𝑛𝑑𝑖𝑛𝑔 𝑗𝑜𝑛𝑔𝑘𝑜𝑛𝑔 𝑒𝑚𝑎𝑠, 𝑠𝑦𝑖𝑙𝑖𝑛𝑔 𝑒𝑚𝑎𝑠 𝑑𝑎𝑛 𝑗𝑢𝑔𝑎 𝑑𝑖𝑛𝑎𝑟 𝑒𝑚𝑎𝑠”. 𝑆𝑒𝑏𝑎𝑏 𝑢𝑡𝑎𝑚𝑎𝑛𝑦𝑎 𝑖𝑎𝑙𝑎ℎ 𝑠𝑢𝑠𝑢𝑡𝑛𝑖𝑙𝑎𝑖 𝑏𝑎𝑟𝑎𝑛𝑔 𝑘𝑒𝑚𝑎𝑠 𝑎𝑑𝑎𝑙𝑎ℎ 𝑡𝑖𝑛𝑔𝑔𝑖 (𝑑𝑎𝑙𝑎𝑚 25% 𝑘𝑒 40%)

𝗔𝗽𝗮𝗸𝗮𝗵 𝗸𝗲𝗹𝗲𝗯𝗶𝗵𝗮𝗻 𝗯𝗮𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗸𝗲𝗺𝗮𝘀?

1. Barang kemas cantik dan boleh dipakai, pasti menceriakan hati pemakainya.

2. Kelebihan daripada segi zakat emas (sebab zakat akan ikut uruf setempat)

3. Boleh digadaikan di Ar-Rahnu jika memerlukan tunai segera@pusingan modal.

4. Harta warisan yang sangat baik dan boleh memberikan manfaat kepada penerimanya.

5. Boleh untung dalam jangka masa panjang (harga emas naik)

𝐊𝐞𝐥𝐞𝐦𝐚𝐡𝐚𝐧 𝐛𝐚𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐤𝐞𝐦𝐚𝐬.

1. Harganya lebih mahal bergantung kepadaa design. Jika design yang kompleks, maka harganya lebih tinggi (faktor upah)

2. Susutnilai barang kemas jauh lebih tinggi berbanding jongkong 
(antara 25% sehingga 40%)

3 Boleh rosak (putus, patah, bengkok, berlubang dan kemek)

4. Susah nak gadai di Ar-Rahnu kalau barang kemas tersebut mempunyai batu permata. Ini kerana ujian ketulenan menggunakan mesin densimeter tidak boleh dilakukan.

5. Anda boleh rugi banyak jika menjual balik barang kemas yang ada banyak batu permata. Ini kerana kedai emas akan mentafsir nilai barang kemas berdasarkan berat emas sahaja. Batu permata tidak dikira.


Comments

Popular posts from this blog

RUGI ATAU UNTUNG SEMASA EMAS TURUN KITA YANG MENENTUKANNYA

PUBLIC GOLD WEBSITE

EMAS TURUN HARGA, DIMANA UNTUNG SIMPAN EMAS..???