EMAS TURUN HARGA, DIMANA UNTUNG SIMPAN EMAS..???
EMAS TURUN HARGA, DIMANA UNTUNG SIMPAN EMAS..???
“Saya tengok harga emas turun. Dimana untungnya simpan emas ?”
Ini antara soalan yang ditanyakan kepada saya.
Saya kurang gemar bercerita tentang teknik dan formula yang kita boleh gunapakai ketika Harga emas turun. Sebenarnya dalam dunia emas, teknik & formula itu hanya pilihan untuk kita. Ianya bukanlah wajib. Ada perkara yang lebih mustahak yang perlu kita belajar dan ambil tahu iaitu betulkan cara kita berfikir tentang emas.
Bila kita simpan emas, perkara atau perkataan “Untung” pasti akan bermain-main dalam fikiran kita. Itu adalah Normal.
.
Sebenarnya kelebihan emas bukan hanya untung ketika Harga emas Naik tetapi untung emas ketika Harga emas turun juga.
#Pertama, Ketika harga emas turun, kita sepatutnya ambil Peluang untuk tambah GRAM bukan berhenti menyimpan emas. Bukankah harga emas turun juga rezeki buat kita?
#Kedua, ketika harga emas turun, ramai yang mula celik emas. Bukanlah bermaksud kita perlu tunggu harga emas turun, tetapi jika kita masih belum sedar, rugilah kita.
#Ketiga, nilai emas tidak akan menjadi Zero (kosong). Harga emas turun berapa pun, ianya masih ada nilai. Emas bukan kertas.
#Keempat, ini paling menarik tentang emas iaitu walaupun harga emas turun, berat emas itu masih maintain dan tidak berubah. Jika kita telah menyimpan SEKILO emas, ianya masih tetap akan menjadi SEKILO Walaupun harga emas turun. Kenapa? Salah satu kelebihan emas ialah ianya bersandarkan GRAM.
#Kelima, Walaupun harga emas turun, sabarlah dan teruskan menyimpan. Emas sesuai untuk jangkamasa yang panjang.
SEKILO emas Tahun 90an = RM30Ribu.
SEKILO emas Tahun 2021 = RM250Ribu.
Beza RM220Ribu jeeeeeer
.
Takut simpan emas?
Jangan takut simpan emas tetapi takutlah seandainya kita belum ada simpanan emas. 🥳🥳🥳
Comments
Post a Comment