KETULENAN EMAS 916 DAN 917
KETULENAN EMAS 916 DAN 917
Ada orang tanya saya "Apakah perbezaan di antara emas 916 dan 917?"
Orang yang bertanya soalan ini biasanya adalah orang yang mengumpul Dinar Emas.
Mereka perasan ada dinar emas 917 dan dinar emas 916.
Untuk pengetahuan anda, di Malaysia terdapat beberapa syarikat yang mengeluarkan dinar emas sendiri. Jadi setiap syarikat mempunyai spesifikasi ketebalan, diameter dan ketulenan yang tersendiri.
Sebelum zaman GST, pasaran dinar emas di Malaysia popular dengan dinar emas 916 dan 917.
Sebagai contoh dinar emas Kelantan (KGT) melebelkan ketulenan 917 pada dinar mereka.
Manakala dinar emas Public Gold (edisi sebelum GST) dilabelkan sebagai dinar 916.
Jadi orang tertanya-tanya. Ada tak perbezaan diantara ketulenan kedua-dua dinar emas ini?
Adakah dinar emas 917 lebih bagus daripada dinar emas 916?
Ini jawapannya... mula mula sekali kita kena tahu, apakah sistem yang digunakan untuk mengukur ketulenan emas?
Jawapan: Ketulenan emas diukur menggunakan sistem karat emas.
Sistem karat emas mengukur ketulenan dengan cara melihat berapa bahagian emas tulen per 24 bahagian.
Anda boleh lihat jadual karat emas dibawah.
Jika emas tersebut tidak ada sebarang campuran, yakni 24 bahagian/24 bahagian adalah emas maka ia dipanggil emas 24 karat (emas tulen)
Jika tukang emas campur 2 gram tembaga dan 22 gram emas, maka hanya 22 bahagian adalah emas dan 2 bahagian adalah logam lain, maka emas itu adalah berketulenan 22 karat.
Kenapa tukang emas nak campur logam lain ke dalam emas?
Jawapannya supaya emas tersebut menjadi lebih keras dan tahan lasak. Emas 24 karat nie lembut dan mudah tercalar dan terputus.
Sebab itu barang kemas 24 karat kita jarang jumpa. Kita selalu jumpa barang kemas 22k @ 916.
Berbalik kepada dinar 917 dan 916. Ada beza ke?
Jawapannya: Tiada perbezaan. Kualiti keduanya adalah SAMA. Sebab kedua-dua dinar ini ditempa daripada emas 22 karat.
917 dan 916 ini adalah hasil daripada pembundaran nombor sahaja. Sebab kalau kita nak tukar sistem karat kepada peratus, maka formulanya adalah seperti berikut:
22/24 x 100 = 91.666666666666667 %
Nombor ini anda boleh pilih untuk bundarkan kepada 91.6 atau 91.7
Jika anda pilih untuk membundarkannya kepada 91.6 maka
91.6 / 100 x 1000 per thousand part = 916
Jika anda pilih untuk membundarkannya kepada 91.7 pulak, maka 91.7 / 100 x 1000 per thousand part = 917
Nampak tak?
Sebenarnya ketulenan 916 dan 917 ini adalah sama.
Cuma cara syarikat buat pembundaran ajer yang menjadikan dia 917 dan 916.
Semoga terjawab persoalan anda.
Silakan #share jika bermanfaat.
Comments
Post a Comment