MUTU KUALITI EMAS YANG PATUT KITA TAHU
MUTU KUALITI EMAS YANG PATUT KITA TAHU
Sebelum korang beli emas, pastikan korang tahu serba sikit jenis dan mutu emas ya.
#Mutu999 – 24Karat
#Mutu950 – 23Karat
#Mutu916 – 22Karat
#Mutu875 – 21Karat
#Mutu835 – 20Karat
#Mutu750 – 18Karat
#Mutu585 – 14Karat
#Mutu375 – 9Karat
Karat tu apa? Berkarat ke? Oh tidak rakan-rakan. Karat adalah sistem pengukuran kandungan emas contoh :
#Emas23K ialah : 23K bahagi 24K x 100 = 95,8% iaitu #Mutu958
#Emas22K ialah : 22K/24K x 100 = 91,6% iaitu #Mutu916
#Emas18K ialah : 18K/24K x 100 = 75% iaitu #Mutu750
Kenapa emas perlu campuran?
Emas tulen sifatnya amat lembut dan tidak sesuai untuk kegunaan harian maka ia perlu dicampur dengan logam lain supaya tahan lasak dan lebih keras. Semakin tinggi mutu emas 999 semakin lembut emas@ barang kemas.
#Emas999
• Mempunyai kandungan 99.9% emas tulen
• Di kenali juga sebagai Emas 10 & Emas 24 Karat (24K)
• Kebanyakkan berbentuk ‘gold bar’ dan ada juga berbentuk barang kemas tetapi lembut.
• Emas 999 berwarna kekuning-kuningan
#Emas916
• Mempunyai kandungan 91.6% emas tulen & 8.4% adalah campuran kandungan lain seperti perak, tembaga, aluminium dan sebagainya
• Di kenali juga sebagai Emas 22 Karat (22K)
• Amat terkenal dan popular dalam kalangan peminat emas diseluruh Malaysia.
#Emas835
• Mempunyai kandungan 83.5% emas tulen & 16.5% adalah campuran kandungan lain seperti perak, tembaga, aluminium dan sebagainya.
• Di kenali juga sebagai Emas 20 Karat (20K)
#Emas750
• Mempunyai kandungan 75% emas tulen & 25% adalah campuran kandungan lain seperti perak, tembaga, aluminium dan sebagainya
• Di kenali juga sebagai Emas 18 Karat (18K)
• Sangat sesuai untuk mengikat batu permata kerana lebih keras
#Emas375
• Mempunyai kandungan 37.5% emas tulen & 62.5% adalah campuran kandungan lain seperti perak, tembaga, aluminium dan sebagainya.
• Di kenali juga sebagai Suasa atau Emas 9 Karat (9K)
• Sangat sesuai untuk mengikat batu permata kerana lebih keras
• Warnanya kemerah-merahan seperti tembaga.
Begitulah.
Comments
Post a Comment